Thursday, July 12, 2012

Bersuci Hadas Besar


Soalan

Assalamualaikum uztaz, saya musykil uztaz, baru-baru ni saya bermimpi dan saya tengok tiada keluar air mani pun,yang saya tengok cuma ada sedikit air berwarna kejernihan keluar...saya bersangka mungkin itu air mazi (tidak perlu mandi wajib kan ustaz) kemudian saya hendak ke bilik air hendak buang air kecil, saya dapati macam ada ada sesuatu cecair putih keluar semasa membuang air kecil. adakah itu air mani adakah air mani dengan air kencing boleh bercampur uztaz ?....

Jawapan

Waalaikumussalam,
Untuk pengetahuan anda dalam saluran kencing setiap orang normal akan mengandungi 4 jenis air iaitu:
1.Air kencing-jika keluar tidak perlu mandi memadai membasuh dan membersihkan sehingga suci
2.Air Mani-Ia keluar dalam keadaan terpancut dengan rasa lazat disebabkan persetubuhan atau onani.Bauan seakan-akan  putih telur @ tepung gandum yang diuli, dan Jika keluar  maka wajiblah  mandi wajib.
3.Air mazi-air yang berwarna jernin ,sifatnya licin,ia keluar disebabkan nafsu terangsang,Jika air mazi keluar ia tidak perlu mandi wajib memadai membasuh dan membersihkan sahaja.
4.Air wadi-air berwarna putih dan keruh seakan susu cair ,sifatnya tidak berapa licin,air ini keluar disebabkan keletihan,jika keluar ia tidak perlu mandi,memadai membasuh dan membersihkan sahaja.
Berdasarkan apa yang telah anda nyatakan ini maka dapat lah dibuat kesimpulan bahawa  yang keluar itu ialah air mazi bercampur wadi.Justeru sebagai langkah positif anda hanya perlu basuh,bersihkan  sehingga suci.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment