Soalan
Sy telah bertaubat,mahu melakukan qada solat fardhu,sy bole ingin
melakukan setiap kali selepas solat fardhu,cnth selepas subuh,tiada
solat sunat badiah,nmun solat qada subuh bole kan..bole buat 2 atau 3
kali solat qada subuh tersebut?..bagaimana dengan zohor,asar,mghrib dan
isyak,.sy perlu qada dulu, atau solat sunat badiah dulu,dan ia bole
dilakukan 2 3 kali..?selepas asar juga tidak bole solat sunat,tp solat
qada bole kan ustaz?..sy benar2 ingin bertaubat..
Jawapan
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan mengqadha’ solat fardu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Malah, anda tidak perlu untuk menunggu waktu bagi solat tersebut terlebih dahulu. Ringkasnya, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang anda ingin lakukannya termasuklah selepas Solat Fardu Subuh dan Asar. Solat yang dilarang dikerjakan dalam kedua waktu ini hanyalah bagi solat sunat sahaja. Dari itu, mengerjakan solat yang wajib seperti mengqadha’ solat fardu adalah diharuskan. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment