Soalan
Assalamualaikum. Saya sudah berkahwin hampir 4 tahun tetapi selama 4
tahun,perkahwinan saya dirahsiakan pada pihak saudara lelaki kerana
ingin menjaga maruah keluarga lelaki kerana status suami yang masih
belajar. Apakah hukum jika bila orang bertanya siapa saya keluarga
mertua hanya memberitahu saya tunang suami atau kawan sahaja sedangkan
saya isteri dia ? dan bolehkah kami bernikah sekali lagi hanya untuk
memaklumkan kepada orang ramai.?
Jawapan
Jika pernikahan sah dan berwalikan bapa perempuan maka tiada masaalah
dari segi hukum. Dan "bila orang bertanya siapa saya keluarga mertua
hanya memberitahu saya tunang suami atau kawan sahaja sedangkan saya
isteri dia ?" maka di sini ada sedikit masalah ianya tidak menjejaskan
perkahwinan tetapi tidak elok dari segi syarak disini boleh jadi makruh
atau termasuk dalam dosa kecil. Adapun bolehkah bernikah sekali lagi
hanya untuk memaklumkan kepada orang ramai. Di sini hukumnya harus
memperbaharui nikah.
No comments:
Post a Comment