Monday, July 16, 2012

Solat Tetapi Tidak Menutup Aurat Diluar

Soalan

Assalamualaikum . Saya ada terbaca artikel mengenai solat perempuan yang tidak menutup aurat itu tidak diterima . Bagaimana sekiranya seseorang perempuan itu menjaga solatnya , tetapi apabila keluar rumah dia tidak menutup auratnya . Adakah solat yang dikerjakan selama ini adalah tidak sah dan tidak diterima oleh Allah ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, mengikut hukum fiqhnya, jika solat yang dikerjakan memenuhi segala rukun dan syarat sahnya, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
Walau bagaimanapun, mengenai wanita yang sentiasa menjaga solatnya tetapi masih tidak menutup auratnya sudah tentu wanita tersebut mempunyai masalah yang lain. Hal ini amat bersalahan dengan apa yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam frimannya yang bermaksud:
"Bacalah   serta   ikutlah   (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan  mungkar;   dan  sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya   dan   kesannya);   dan (ingatlah)  Allah  mengetahui  akan apa yang kamu kerjakan".
(Surah al-'Ankabut 45)

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa solat yang didirikan oleh wanita tersebut masih terdapat kekurangan yang masih belum mencapai sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dari itu, dia perlu perbaiki mutu solatnya lagi agar janji Allah di dalam ayat di atas berjaya dimilikinya. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment