Tuesday, July 10, 2012

Puasa Sunat Selepas Nisfu Sya'aban Ke Atas.

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Bolehkah saya berpuasa sunat selepas 15 Syaaban?Ada saya terbaca hadis riwayat mengatakan puasa sunat selepas 15 Syaaban HARAM.Apa pandangan ustaz?
Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan berpuasa sunat selepas Nisfu Sya’aban (15 Sya’aban), anda masih boleh melakukannya. Hal ini berikutan tiada sebarang larangan atau sekatan sama ada dari Al-Quran ataupun hadis yang menghalangnya.
Mengenai hadis yang anda maksudkan, ia perlu dilihat terlebih dahulu mengenai statusnya. Adakah ia sebuah hadis yang Sahih ataupun hanya sekadar hadis yang direka-reka (hadis Dhoif).
Ringkasnya, di dalam Islam hanya terdapat lima hari sahaja yang diharamkan berpuasa, iaitu; 1 Syawal, 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Manakala pada hari-hari yang lainnya adalah dibolehkan berpuasa sunat. Oleh yang demikian, selepas Nisfu Sya'aban boleh berpuasa sunat. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment