Monday, July 16, 2012

Niat Mandi Wajib Dan Lain Lain

Soalan

Assalamualaikum, boleh uztaz berikan niat mandi wajib? niat mandi wajib yang saya guna adalah "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala".

2.Adakah berniat mandi wajib dilaksanakan dengan lidah/lisan dengan menggunakan mulut atau niat dan yakin dalam hati sahaja semasa meratakan air ke seluruh badan?

3.Setelah selesai mandi wajib, terdetik dalam hati mandi wajib tidak sah walaupun diyakini semua rukun mandi wajib dipatuhi. apakah yang saya perlu lakukan?

4.Bagaimana saya tahu

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Niat yang anda gunakan sudah memadai untuk melakukan mandi wajib tersebut.

2.         Niat tempatnya adalah di hati dan bukannya di mulut ataupun di lidah. Ringkasnya, sebaik sahaja air mencecah tubuh anda, lintaskanlah niat di dalam hati untuk melakukan mandi wajib tersebut. maka ia telah memadai.

3.         Apabila terlintas di hati anda perasaan seperti itu, buangkanlah jauh perasaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada bisikan syaitan yang sedang berusaha untuk menimbulkan rasa ragu-ragu dan was was di dalam hati anda.

4.         Tahu apa?
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment