Soalan
Assalamualaikum.. Minggu lepas, adik perempuan saya telah terlibat
dengan suatu kemalangan yang mengakibatkan beliau patah tangan dan
ketika itu beliau sedang haid. Beberapa hari lepas, beliau selamat
menjalani pembedahan. Doktor menasihatkan agar kawasan luka pembedahan
tidak terkena sebarang air bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Sekarang, beliau telah suci daripada haid. Jadi bagaimanakah cara untuk
beliau mandi wajib sedangkan luka tersebut tidak dibenarkan terkena air?
Jawapan
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam situasi ini, adik perempuan anda perlu bertayammum sebagai ganti kepada mandi wajib. Setelah bertayamum, dia sudah boleh untuk mendirikan solat dan juga berpuasa seperti orang lain.
Setelah pulih daripada kecederaan tersebut, dia sudah tidak perlu untuk mandi wajib lagi. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment