Monday, July 2, 2012

Sah Kah Mandi Wajib Tanpa Berkumur Dan Membersihkan Lubang Hidung

Soalan

Assalamualaikum, 1) sah kah mandi wajib tanpa berkumur dan memasukkan air ke lubang idung ?
2)Sy sering berulang membaca niat mandi wajib sampai selesai mandi wajib, adakah sah mandi wajib saya ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Mandi wajib anda adalah sah. Hal ini adalah kerana bahagian dalam lubang hidung dan juga bahagian dalam mulut bukanlah termasuk di dalam bahagian badan yang perlu dikenakan air.
Ringkasnya, bahagian badan yang wajib dibasahkan semasa mandi hanyalah bahhagian luar badan sahaja termasuklah bahagian celah-celah kelengkang, punggung dan ketiak. Manakala bahagian dalam seperti lubang hidung dan mulut tidak wajib untuk dibasuh. Walau bagaimanapun, jika padanya terdapat benda-benda yang najis, ia perlu dibasuh kerana ia dihukumkan najis.

2.         Mengenai masalah anda sering mengulangi membaca niat mandi wajib sampailah anda selesai mandi, ia boleh menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan tidak sempurna dan ini akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah.
Ringkasnya, niat mandi hanya perlu dibuat sekali sahaja, iaitu sewaktu air mula-mula sampai ke badan. Selepas itu, teruskan mandi hingga ke akhirnya.
Perlu diingatkan, jika anda mengulang lagi niat tersebut (niat kali kedua), ia akan membatalkan niat yang telah anda buat sebelum itu (niat kali pertama). oleh itu, anda perlu berniat lagi sekali (niat kali ketiga) bagi mengesahkan bahawa mandi yang anda lakukan itu adalah mandi wajib dan bukannya mandi yang biasa anda lakukan setiap hari.
Selain itu, apabila anda mengulangi niat mandi wajib, ini bermakna bahagian badan yang telah dibasahkan sebelum ini perlu dibasuh semula kerana berulangnya niat mandi anda.
Jika tidak dibasuh lagi, ia akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah kerana terdapatnya bahagian badan yang tidak dibasuh sedangkan rukun di dalam mandi wajib memerlukan keseluruhan badan dibasahkan dengan air. Wallahu 'alam.

3 comments:

  1. yg no.2 tu klau tak tau macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup sekadar anda tahu apa yg anda sdg lakukan. Kita tgh makan pun kita tahu kitta makan untuk kenyang. Sama juga. Kita mandi ketika itu kita tahu yg kita mandi wajib untuk mensucikan hadas. Wallahualam

      Delete
  2. Assalamulaikum Ustaz .. Boleh ke kita berkumur & memasukkan air ke dalam hidung serentak .. ? Sah atau tidak .. Terima kasih

    ReplyDelete