Thursday, July 12, 2012

Mandi Wajib - Lubang Hidung Dan Mulut


Soalan

1.adakah mandi wajib saya sah jika tidak memasukkan air ke dalam lubang hidung dan mulut?

2.jika selesai mandi wajib , terdapat sedikit kotoran di tgn saya . apakah perlu mandi dan niat semula secara asal tadi atau sambung mandi saja .. ??

Jawapan

Waalaikumussalam,
Mandi wajib anda adalah sah walaupun anda tidak memasukkan air ke dalam mulut dan lubang hidung.Memasukkan air ke dalam mulut dan lubang hidung itu hanyalah sunat sahaja.
Berbalik kepada soalan sesudah mandi di dapati terdapat kekotoran,?Sekiranya  air sampai @ boleh meresap  ke tempat tersebut ,dalam perkara ini anda tidak perlu ulangi mandi,tetapi memadai anda bersihkan sahaja tempat yang belum bersih tersebut.
Seandainya yang kotoran  itu terdiri daripada kesan cat atau getah yang telah kering dan ianya melekat pada anggota tubuh badan anda,maka pada ketika itu anda wajib buang kesan cat @ getah itu terlebih dahulu sebelum memulakan mandi wajib yang baru beserta niat yang baru.Wallahu a'lam.

5 comments:

  1. ustaz jika getah itu sudah kering,contohnya getah biji gajus perlukah mandi semula jika cuma perasan akan getah yang kering itu selepas mandi wajib?

    ReplyDelete
  2. muhammad syahmi : perlu masok mandi wajib semula dgn niat dan membasuh bahagian getah biji gajus itu saja..seeloknya buang dulu sebelom nak sambung mandi wajib...putus muwalat tetap sah mandi wajib menurut 1 qaul dalam mazhab syafie

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM.jika ketika mandi wajib,ada kulit mati yg kekadang mengelembung di kulit tangan atau kaki.perlukah dipecahkan atau di lubangkan .

    ReplyDelete
  5. Ustaz wajib tak masukkan air ke dalam lubang kemaluan dah kencing ketika mandi hadas

    ReplyDelete