Friday, March 9, 2012

TIDAK BACA DOA QUNUT WAKTU SOLAT SUBUH

Soalan

USTAZ,SEKIRANYA KITA TIDAK BACA DOA QUNUT WAKTU SOLAT SUBUH ADAKAH SOLAT KITA SAH.DAN SEKIRANYA KITA BACA DOA LAIN DALAM BAHASA KITA MENGGANTIKAN DOA QUNUT BOLIH TAK IKUT HUKUM.

Jawapan

Waalaikumussalam,
1.Baca qunut pada solat subuh  itu hukumnya sunat ab'ad.Jika terlupa membacanya mengikut imam Shafie kena lakukan sujud sahwi/terlupa.Sekiranya terlupa juga untuk sujud sahwi solat tersebut tetap dikira sah.
2.Sekiranya dibaca doa lain memang tidak digalakkan kerana ulamak dan para sarjana fekah telah menyusun doa tersebut yang digunakan sejak dahulu sampai sekarang.Malah doa tersebut tidak boleh dibaca menggunakan bahasa  selain bahasa Arab.Justeru membaca doa menggunakan bahasa Melayu sudah pasti membatalkan solat anda.Wallahu a'lam.

5 comments:

  1. Assalammualaikum, uztaz saya nak tanya kalau kita tidak baca doa qunut pada waktu solat subuh, adakah sembahynag kita sah?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, apa hukum kalau kita sengaja tak baca doa qunut dan sengaja tak buat sujud sahwi???
    dan kenapa imam kat makkah tak baca pun doa qunut masa solat subuh??...adakah maksudnya tak baca doa qunut pun tak apa sebab masyarakat makkah pastinya mengikut apa yg dipraktikkan oleh Rasulullah saw.betul tak??

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum, saya nak tanya. saya masih belum dapat menghafal doa qunut, adakah boleh digantikan dengan doa yang lain ketika solat subuh?? jika ya, doa apakah yang patut dibaca.?

    ReplyDelete
  4. Ustaz ..semasa sujud sahwi..ayat apekah yg kita perlu baca .

    ReplyDelete