Soalan
Salam alaik, ustaz, bagaimanakah cara membersihkan seluar yg terkena
percikan air kencing? adakah perlu dilalukan air atau memadai dengan
memercikkan beberapa titis air sahaja?dan kalau kita tidak pasti
bahagian seluar yg mana terpecik air kencing tersebut,adakah perlu kita
lalukan air di semua bahagian kaki seluar?mohon penjelasan..terima
kasih..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, cara untuk membersihkan
seluar tersebut daripada air kencing adalah dengan menggunakan air yang
agak banyak. Hal ini adalah kerana perlunya melalukan air di atas seluar
tersebut bagi membersihkan najis tersebut.
Ringkasnya, adalah tidak memadai jika hanya sekadar menitiskan air di atas seluar tersebut kerana ia tidak dapat untuk menghilangkan najis.
Namun, jika anda tidak pasti bahagian yang manakah terkena air kencing, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membersihkan keseluruhan seluar tersebut terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.
Dengan cara ini, cucian pakaian dengan menggunakan mesin basuh adalah lebih menepati kehendak Syara' dan dalam masa yang sama dapat menghindarkan daripada mengotorkan kesemua pakaian yang dibasuh bersama seluar tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment