Soalan
Dalam majlis bacaan yassin beramai-ramai, terdapat beberapa individu
yang kurang mahir membaca yasssin termasuk kesilapan tajwid. Saya
difahamkan bahawa membaca yassin tanpa mengikut hukum tajwid yang betul
menyebabkan kita berdosa. Dalam masaalah ini, adakah dosa yang dilakukan
oleh individu ini akan ditanggung sama oleh semua yang hadir termasuk
individu yang mahir dalam bacaan dan tajwid. Diharap mendapat penjelasan
dari pihak tuan.
Jawapan
Dalam hal ini, kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahir
membaca Al-Quran adalah ditanggung oleh mereka sendiri. Hal ini
berikutan daripada dosa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah
ditanggung oleh dirinya sendiri. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
maksudnya:
“Tidaklah kejahatan yang dilakukan oleh tiap-tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya.”
(Surah al-An’am: 164).
Oleh yang demikian, dengan berasaskan kepada ayat di atas jelaslah bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan menanggung dosa orang lain. Ringkasnya, siapa yang melakukan kemungkaran dialah yang akan menanggungnya sendiri. Begitu jugalah dalam kes ini. Orang yang tidak membaca Al-Quran sebagaimana yang diperintahkan akan menanggungnya sendiri. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment