Thursday, March 22, 2012

SAH KE SOLAT LEPAS MANDI WAJIB

Soalan

Sah ke solat selepas mandi wajib dengan tidak mangambil wudhu (air sembahyang).
(Lepas habis mandi wajib kita solat)

Jawapan

Solat yang didirikan adalah sah. Hal ini adalah kerana tuntutan untuk berwudhu’ hanya kepada mereka yang berhadas kecil. Akan tetapi bagi mereka yang berhadas besar/berjunub, mereka hanya dituntut untuk melakukan mandi wajib sahaja.
Perkara ini ada disebut di dalam Al-Quran, firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai  orang-orang   yang   beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib...”
(Surah Al-Ma’idah 6)

Ringkasnya, berasaskan kepada ayat di atas, dengan jelas Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak memerintahkan orang yang berjunub (berhadas besar) untuk berwudhu’ di waktu mereka hendak mengerjakan solat, tetapi Allah hanya memerintahkan mereka supaya melakukan mandi sahaja, dan ini menunjukkan bahawa mandi tersebut telah menjadikan mereka berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas (hadas besar dan hadas kecil), dan inilah pendapat Jumhur Ulama’.

Kesimpulannya, mereka yang telah mandi wajib/hadas besar/junub tidak perlu untuk berwudhu’ lagi sekiranya mereka hendak mendirikan solat. hal ini adalah kerana mereka telah pun suci daripada kedua jenis hadas, iaitu hadas besar dan kecil. Wallahu 'Alam.

11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini.

    ini satu lagi saya kongsikan..Harus seseorang itu menangguhkan mandi wajib melainkan jika dia hendak menunaikan solat.

    cara mandi junub

    Mandi wajib atau janabah bukanlah kewajiban yang mesti disegerakan, dia boleh menangguhkannya walaupun tanpa ada keperluan.

    ReplyDelete
  2. Macam tok cik ngaji saya ajar dulu...pas mandi wajib terus boleh solat.....x payah ambik wuduk dah...

    ReplyDelete
  3. Macam tok cik ngaji saya ajar dulu...pas mandi wajib terus boleh solat.....x payah ambik wuduk dah...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian :) Semoga ia membawa berkat kpd kamu.

    ReplyDelete
  5. Assalm mau bertanya..sah kah solat..bila mn bersetubuh waktu subuh lalu mandi wajib ?

    ReplyDelete