Soalan
Salam. Saya ingin bertanya berkenaan derma darah yang hukumnya harus. Tapi bukankah darah merupakan najis yang boleh membatalkan wuduk? Harap dapat penjelasan pihak tuan tentang perselisihan ini terima kasih.
Jawapan
Waalaukumussalam,
Hukum menderma darah itu adalah harus.Ia bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan ketika berlakunya kemalangan atau selepas pembedahan.Hukum asal darah itu najis apabila ia terkena kain,baju dan pakaian yang kita pakai.Adakah kita pakai darah yang di dermakan itu di luar badan ? sedangkan Allah telah jadikan salur nadi dan pembuluh darah untuk memudahkan darah tersebut mengalir dan terus ke jantung bagi tujuan pengepaman dan menghantar keseluruhan anggota badan kita bagi membolehkan kita terus hidup?.
Justeru kita kena berfikir secara positif, darah tidak akan membatalkan wuduk jika ia diletakkan dalam saluran pembuluh darah khas yang telah Allah ciptakan di bahagian dalaman jasad manusia.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment