Soalan
sy & suami msh tggl srumah,tp hub. kami spt kwn.suami lbh suka sms sex di talian drp isteri sendiri.selama setahun lebih isteri tidak mdpt nafkah batin wpun mcuba berbgai2 cara.alasan suami c isteri 'panas' utk didatangi.suami bterus terang yg dia mls blj agama & suka hidup cara begini.perlukah sy mohon fasakh krn tlh menasihati pun xjln?
Jawapan
Dalam kes ini anda tidak perlu untuk menuntut fasakh. Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke mana-mana Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk menuntut ta’liq yang pernah dibuat oleh suami anda.
Di Malaysia, semua suami diminta untuk membuat ta’liq sebaik sahaja selesai majlis pernikahan.
Antara perkara yang dita’liqkan oleh suami adalah seperti berikut:
1. suami tidak melayani isteri (muasarah) selama 4 bulan qamariah atau lebih.
2. Suami tidak memberi nafkah zahir selama 4 bulan qamariah atau lebih dan isteri tidak dihukumkan sebagai nusyuz oleh mana-mana Mahkamah Syariah.
3. Suami tidak memukul, menyakiti isteri.
Oleh yang demikian, jika suami anda pernah meninggalkan anda (tidak memberi nafkah batin) selama satu tahun, ini bermakna dia telah melanggar ta’liq yang pernah dilafazkannya dahulu.
Oleh itu, anda berhak untuk menuntut ta’liq tersebut dengan membuat aduan di mana-mana Mahkamah Syariah dan membuat pembayaran sebanyak RM 1/RM 10 (bagi Wilayah Persekutuan) kepada hakim, maka Pihak Mahkamah berhak untuk menceraikan anda dengan talak satu.
Sila berhubung dengan Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Wallahu 'alam

No comments:
Post a Comment