Soalan
A'slm ustaz, jika terlupa rakaat yang keberapa ketika solat? adakah kita perlu ulang semula solat kita? bagaimana dengan wudu pulak ustaz, adakah batal atau ambil lagi semula? lagi 1 ustaz doa maner ketika sblm solat, supaya kte khusuk ketika solat?....
Jawapan
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Jika terlupa sudah berapa raka’at yang telah dilakukan, anda tidak perlu untuk mengulang semula solat yang telah didirikan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil bilangan raka’at yang paling kurang dan sebelum memberi salam anda disunatkan untuk melakukan Sujud Sahwi.
Dalam kes seperti ini, ia tidak menyebabkan wudhu’ yang telah diambil terbatal.
Antara cara yang boleh anda lakukan dalam usaha untuk menjaga solat yang hendak dikerjakan adalah dengan memohon perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar dipelihara daripada rasa was was yang berpunca daripada bisikan syaitan, jin dan juga manusia. Untuk itu,Anda dianjurkan supaya beristighfar dan membaca surah An-Nas sebelum bertakbir (memulakan solat). Disamping itu juga, anda perlu menjaga hati anda agar sentiasa beringat bahawa diri anda sedang menghadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap solat yang sedang didirikan.
Semoga anda dapat menikmati kekhusyukan di dalam solat. Wallahu 'alam

Assalamualaikum ustaz, apa yg perlu saya buat sekiranya saya benar-benar terlupa jumlah rakaat yg telah saya dirikan dan langsung tidak boleh ingat? TQ ustaz assalamualaikum.
ReplyDelete