Soalan
Assalamualaikum ustaz......saya ada seorang kawan....dia baru saja berkahwin, dan menjadi isteri kedua....di sini saya ingin bertanya adakah sah pernikahan mereka, sedangkan isteri pertama tidak mengetahui tentang hal ini???.....untuk pengetahuan ustaz, isteri pertama baru saja melahirkan anak pada awal tahun ini
Jawapan
Waalaikumussalam,
Hukum perkahwinan itu sah jika rukun nikah dipatuhi walaupun si isteri tersebut tidak mengetahui.Rukun nikah tersebut ialah:
1.Pengantin Lelaki
2.Pengantin Perempuan
3.Wali
4. Dua orang Saksi
5.Lafaz ijab dan kabul
Untuk pengetahuan anda nikah kali kedua itu hukumnya harus sahaja bukan wajib.Apa yang wajib ialah berlaku adil apabila telah berkahwin dua.Adil di sini bermaksud dari segi giliran untuk kedua-dua isteri termasuk nafkah zahir dan batin.Sebab itulah Allah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 3 yang bermaksud:
.....Kahwinlah kamu dua,tiga,dan empat jika kamu takut untuk berlaku adil memadailah satu sahaja.
Perlu diingat bahawa mana-mana suami yang berkahwin lebih daripada seorang jika dia gagal berlaku adil maka mereka akan berjalan dalam keadaan senget/tempang pada hari akhirat kelak. Justeru perlu berhati-hati dalam urusan kahwin dua ini bukannya untuk berseronok-ronok memuaskan nafsu semata-mata tetapi lebih kepada tanggungjawab dan amanah yang dipukul terutamanya yang berkaitan dengan keadilan yang panel tegaskan.Wallahu a'lam.

ustaz, nak tanye..... jike seseorang wanita tu menjadi isteri kedua tetapi die tinggal berjauhan dari suami sedangkan suami tinggal same dengan si isteri.. maksodnyer mereka tinggal di negeri yang berlainan.. tetapi, si isteri kedua ni redha.. rela sesekali bertemu.. bagaimane ustaz? masih menjadi kesalahan ke atas suami atau tidak mengape jika si isteri kedua redha?
ReplyDeleteralat : sedangkan suami tinggal same dengan si isteri pertame
ReplyDeleteSalam Ustaz.. nk tanya, isteri saya sakit "stroke" sudah lebih 5 tahun, bolih kah saya bernikah utk isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama
ReplyDeleteDan utk pengetahuan Ustaz selama ieteri saya sakit, saya tak pernah bersetubuh dgn isteri saya serta mana2 perempuan..