Tuesday, August 14, 2012

Sembahyang Fardhu

Soalan

1) boleh ka solat isya' di qada' selepas solat subuh? bagaiman dengan solat fardhu lain? 2) jika terlupa membaca doa qunut semasa solat subuh, perlu kah utk sujud sahwi? bagaimana jika tidak hafal bacaan masa sujud sahwi? boleh ka membaca seperti dlm sujud solat fardhu? 3) jika imam membuat sujud sahwi (andai terlebih rakaat) adakah makmum perlu ekot sujud sahwi? harap dijelaskan..

Jawapan

1.         Solat fardu yang hendak diqadha’kan tidak terikat dengan waktu yang tertentu. Oleh itu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja termasuklah selepas solat fardu Subuh. Ringkasnya, semua solat fardu boleh diqadha’kan pada bila-bila masa.

2.         Apabila anda terlupa membaca Doa Qunut semasa mengerjakan solat fardu Subuh, adalah sunat bagi anda untuk melakukan Sujud Sahwi sebelum memberi Salam (setelah selesai membaca Tahiyat Akhir).
Bagi mereka yang belum menghafaz bacaan tasbih di dalam Sujud Sahwi, mereka boleh membaca tasbih yang biasa dibaca semasa melakukan sujud di dalam solat fardu atau sunat.

3.         Jika imam melakukan Sujud Sahwi, para jema’ah (makmum) adalah wajib untuk mengikutinya kerana mereka sedang melakukan solat berjema’ah. Ringkasnya, jika tidak ikut solatnya adalah terbatal.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment