Soalan
Assalamualaikum, Tuan.
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai:
1. Saya telah melakukan jimak bersama isteri. Setelah selesai jimak didapati terdapat cecair warna cokelat pada faraj isteri (mengikut kebiasaan tanda awal haid). Apakah hukum jimak tersebut sedangkan pada awal jimak tanda-tanda ini tidak ada.
2. Sehubungan dengan soalan di atas, didapati pada hari pertama haid tidak keluar (jernih kembali). hari kedua baru jelas kelihatan. Adakah hari pertama itu perlu solat seperti biasa?

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Hukum persetubuhan tersebut adalah persetubuhan yang diredai dan anda berdua akan memperoleh pahala kerana melakukannya. Hal ini berikutan daripada tiada tanda atau alamat yang boleh dijadikan panduan tentang tibanya masa haid isteri anda. ringkasnya, persetubuhan tersebut dilakukan sebelum masa haid. Oleh itu, ia adalah diharuskan kepada anda berdua.
2. Seorang wanita Islam diberi keringanan untuk tidak mengerjakan solat fardu lima waktu hanya pada masa kedatangan haid ataupun nifas.
Oleh itu, pada hari pertama (yang masih tidak terdapat sebarang tanda darah yang keluar daripada faraj) anda masih diwajibkan untuk mengerjakan solat fardu lima waktu. Jika meninggalkannya, ia wajib diqadha’. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment