Soalan
assalamualaikum....saya tidak tahu nak jelas cam mana lagi bila org ckp
puasa dan solat lain...klu kita puasa tak apa tak solat...sedangkah
solat 2 rukun islam ke-2 bru puasa...klu kita puasa saja tp tidak
tunaikan solat fardhu boleh ka or puasa kita d terima???.....
Jawapan
Waalaikumussalam,
Hadis baginda saw menjelaskan yang bermaksud:
"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bermakna ia mendirikan agama (Islam) dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agama"
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,keutamaan solat yang dianggap sebagai paksi utama ibadat manusia akan terhakis pahala dan ganjarannya sekiranya umat Islam mengabai/meninggalkan untuk melakukan solat.
Justeru tiada apa yang kita akan dapat faedah sekiranya jika kita sering meninggalkan solat.Ini kerana solat merupakan hubungan langsung antara hamba dengan Allah SWT.Manakala ganjaran puasa bergantung kepada penilaian Allah yang hakiki, meliputi perkara-perkara berikut:
1.Islam dan kewarasan
2.Keimaman & Ketaqwaan
3.Niat
4.Keikhlasan
Panel nasihatkan agar bagi mereka yang berpuasa jangan sekali-kali meninggalkan solat.Ini kerana ia akan merosakkan pahala dan ganjran ibadah puasa yang sedang dikerjakan.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment