Wednesday, August 1, 2012

Mandi Wajib Bersuci

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan,Macam ni ustaz ,saya telah pun selesai mandi wajib, kemudian selepas itu saya rasa was-was dengan mandi wajib saya, sama ada daki ada lagi ke tidak dicelah-celah telinga atau di mana-mana anggota badan yang kita tidak tahu? Adakah sah mandi wajib itu? Untuk makluman uztaz, air memang ada melalui kawasan itu, cuma kita tidak mengosokkannya sahaja. Saya musykil kerana daki boleh menghalang air je uztaz, Sekirannya daki biasa,adakah sah mandi wajib saya?

Jawapan

Ianya telah sah sebab air telah melaluinya, adapun daki jika tidak ada yang nyata maka dikira tiada dan sah. adapun jika terdapat selotep dll (yg jelas menghalang air) yang melekat baharulah perlu di buang dan ratakan air.

No comments:

Post a Comment