Tuesday, August 28, 2012

Hukum Menyimpan Dan Melihat Gambar Bakal Tunang Yang Telah Meninggal Dunia

Soalan

assalamualaikum....saya ada sedikit kemusyikilan.bakal tunang saya telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari pertunangan kami...oleh kerana saya merasa terlalu kehilangan....saya telah menyimpan gambar saya bersama arwah di dalam dompet, wallpaper handphone dan laptop sebagai kenangan.... saya ingin tahu, apakah hukum sekiranya saya berbuat demikian?......

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ajal maut,umur, rezki dan jodoh pertemuan itu merupakan ketentuan Ilahi sejak azali lagi.Walaupun anda ada pertemuan dengan bakal tunang ,tetapi jodoh tiada kesampaian , maka panel nasihatkan agar anda terima kesemua kada' dan kadar Ilahi ini dengan hati yang tabah,sabar  dan tenang.Ini kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat yang telah direncanakan oleh Allah SWT.
Apa yang penting sekarang ialah anda sepatutnya banyak-banyak berdoa dan membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah bakal tunang anda.Berbalik kepada simpan gambar bakal tunang dalam dompet,wallpaper handphone dan laptop.
Panel nasihatkan eluklah anda kembalikan semula gambar tersebut kepada keluarga beliau.Ini kerana keluarga beliaulah ,individu yang  paling  berhak untuk menyimpannya.Anda sebenarnya  tiada lagi hak secara mutlak  untuk menyimpan gambar-gambar tersebut   disebabkan  oleh kematiannya.Biarlah yang berlalu itu pergi dengan aman dan tenang ,mudah-mudahan Allah SWT akan gantikan kehilangan tunang anda dengan lelaki yang lebih baik daripada itu.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. assalamualaikum..saya nak tanya skit,saya ada mnyimpan gambar arwah mak saudara saya yang telah meninggal dunia,dalam dompet termasuk Facebook jugak..apakah hukumnya?

    ReplyDelete