Thursday, August 2, 2012

Kahak Atau Phlegm Di Telan Di Bulan Ramadan

Soalan

Assalamualakum,

Saya ingin bertanya. Jika seseorang itu mempunyai masalah kahak atau phlegm yg berlebihan sedang dia berpuasa di bulan ramadan dan juga ketika sedang melakukan solat. Apakah hukumnya? Jika berkesempatan utk membuang kahak itu, adelah tidak batal. Tetapi jikalau tidak berkesempatan eg: ketika bersolat atau ketika menunggang moto atau menaiki bus(berdiri) atau tidak ade tisu utk membuang kahak itu. Apakah puasa itu dianggap batal?

Jawapan

            Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Orang yang sedang berpuasa atau bersolat yang mengalami masalah kahak dan hingus tidak boleh menelan kahak dan hingus tersebut. jika ditelan, puasa dan solat yang sedang dikerjakan akan terbatal kerana ia tergolong di dalam perbuatan makan.
Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya sentiasa membawa bersama tisu atau sapu tangan untuk digunakan semasa berhadapan dengan kahak dan hingus tersebut khususnya ketika sedang bersolat.
Ringkasnya, dalam keadaan apa jua, orang yang berpuasa atau sedang bersolat tidak boleh makan. Jika makan/memasukkan sesuatu sehingga melepasi had tekak/kerongkong, maka ibadat yang sedang dikerjakan adalah terbatal. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. Ada Dalil kukuh yang mengatakan batal solat dan puasa? sebab yang mengatakan batal kedua2 perbuatan itu adalah manusia bukan berlandaskan hadis dan alquran. dan yang pasti mereka menyamakan bendalir tersebut dengan makanan/minuman. sedangkan makanan dan minuman mengenyangkan dan menghilangkan dahaga sebaliknya bendalir tersebut tidak memberikan pengertian dengan makanan dan minuman. kalau ada dalil kukuh hukum diatas boleh digunapakai jika tidak ianya tetap sah.

    ReplyDelete