Wednesday, August 29, 2012

Bila Boleh Puasa Ganti

Soalan

askm bila boleh puasa ganti

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Puasa ganti atau puasa qadha’ Ramadhan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja melainkan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa kepada umat Islam.
Ringkasnya, para muslimin dan muslimat boleh mengqadha’ puasa tersebut sepanjang tahun (sehingga sebelum masuk bulan Ramadhan tahun hadapannya) melainkan pada 1 Syawal, 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. Asalamualaikum,boleh saya bertanya saya telah meningalkan puasa selama 7 hari pada tahun 2012 tapi sekarang 2013 , bagaimanakah saya ingin menyelesaikan puasa ganti saya!? adakah membyar fidyah atau menggantikan saja selama 7 hari!? pada tahun ini!? saya harap ustaz boleh jelaskan!?

    ReplyDelete