Soalan
assalammualaikum saya nak tanya ketika saya sedang bersolat terasa mcm
angin dipungung keluar tetapi tidak bau jadi macam mana solat saya tu
sah atau tidak.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, jika anda tidak terdengar bunyi kentut ataupun tidak terbau, maka anda perlu teruskan solat kerana solat anda masih sah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment