Soalan
Assalamualaikum, sah atau tidak solat saya sekiranya terkentut selepas
memberi salam pertama, maksud saye bile bg salam kedua baru
terkentut..tapi salam yg pertama saye sempat bg salam sbelum kentut,
tapi salam pertama tu saya cakap laju2 sebab takut kentut tekeluar..jadi
saye tahan dan bagi salam pertama laju2..salam kedua baru terkeluar
kentut tu..& boleh ke cakap laju2 "Assalamualaikum warahmatullah"
tu ustad??
tu ustad??
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat yang anda kerjakan adalah sah dengan syarat Salam tersebut berjaya diucapkan terlebih dahulu sebelum anda kentut. Mengenai Salam kedua pula, ia adalah Salam yang sunat sahaja. Oleh itu, ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap solat tersebut sekiranya anda tidak sempat untuk menahan kentut dan terlepas dahulu sebelum mengucapkannya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment