Soalan
Salam, saya ada loan rumah dgn bank konversional jadi saya mahu tukar
loan rumah kepada islamic bank selepas 5 tahun tetapi ansuran bulanan
islamic bank itu lagi tinggi dari konversional bank yang saya loan.
Adakah itu riba
Jawapan
Inilah masaalah bank Islam, Inilah dailema ummat Islam di Malaysia hari
ini. Sepatutnya bank islam jika tidak lebih baik pun dari bank
konvensional maka sepatutnya sama dengannya bukannya lebih membebankan.
Islam mengharamkan riba tetapi dalam masa yang sama Islam juga
mengharamkan penindasan dan kezaliman kepada ummat manusia. Memandangkan
ansuran bulanan islamic bank itu lagi tinggi dari konversional bank
maka di sinilah sebahagian ulamak menyatakan boleh mengambil pinjaman
kerana darurat dengan bank riba dengan syarat harta yang dibeli itu
adalah termasuk dalam keperluan seperti rumah pertama dan bukannya
dengan tujuan untuk menambah harta atau menukar harta kepada yang lebih
baik lagi. Peminjam melakukan perkara haram (tetapi dalam keadaan
terpaksa) kerana bermuamalat dengan bank riba tetapi yang makan riba
ialah bank bukannya peminjam. Selebihnya kita perlu bertaubat dan
meminta keampunan dari Allah.
Walau bagaimana pun pihak peminjam perlu membuat/mengatur akad antara pemaju dengan bank (pemaju jual kepada bank), kemudian pihak bank dengan peminjam (bank jual kepada peminjam) dengan mengira semua jumlah duit pinjaman yang akan dibayar untuk tempoh 20 tahun contohnya, kemudian membuat akad jual beli dengan pihak bank (atau pegawai bank - ini memerlukan persefahaman antara semua pihak). Pembelian dengan bayaran secara tertangguh / ansuran. Maka dengan cara ini ia merupakan salah satu cara untuk menukar pinjaman konvensional kepada Islamic dan terlepas riba. Kemudian peminjam perlu menjelaskan lebih awal dari tempoh hutang hutangnya mungkin 19.5 tahun sahaja untuk memastikan jumlah bayaran tidak melebihi akad dan tidak berlaku riba. Maka dengan cara ini akan halal lah muamalat itu dan tidak berlaku riba. Inilah jalan penyelesaian terbaik dari kita terus terlibat dengan riba. Akad hanya perlu ditulis di atas kertas dan semua pihak terlibat membacanya. Usahalah untuk membuatnya.

No comments:
Post a Comment