Soalan
Assalamualaikum, ade yg mengatakan nabi menggerakkan jari telunjuk
ketika tasyahud...betul ke? tujuannya utk menghalau syaitan,&tak
batal ke solat kalau kita gerakkan jari sebab seperti yg smua org tau,
kita dilarang mlakukan ape2 prgerakan melebihi 3 kali semasa solat?tapi
nabi ade buat, boleh ke kite buat ? hadis yg mengatakan tentang nabi
menggerakkan jarinya ktika tasyahud awal & akhir tu sahih ke dho'if?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tidaklah menggerakkan jarinya disepanjang melakukan tahiyat tersebut. Baginda hanya mengangkat jarinya ketika menyebut huruf hamzah pada kalimah “Illallah...” sahaja. Hal ini ada dinyatakan oleh imam nawawi di dalam kitabnya ”al-Fatawa”.
Menurutnya lagi, Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakkannya berkali-kali, maka hukumnya hanyalah makruh dan tidak sampai membatalkan solatnya.
Mengenai status hadis yang digunakan oleh Syeikh Al-Baani di dalam menyokong pendapatnya, beliau telah menggunakan riwayat hadith yang terdapat padanya tambahan kalimah ”Nabi menggerakkannya” sedangkan di dalam riwayat-riwayat yang lain tidak terdapat penambahan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau telah menggunakan riwayat yang bercanggah dengan riwayat-riwayat hadith yang lain.
Dari itu, dirikanlah solat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan tinggalkanlah segala pendapat yang masih tidak pasti lagi sumbernya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment