Soalan
Pada tahun 2007 saya telah dijangkiti kuman tibi dibahagian paru2 dan
terdapat bonjolan pada leher saya. saya telah mendapatkan rawatan makan
ubat khas selama 1 tahun sehingga saya mengandungkan anak ke2. syukur
anak saya sihat kini berumur 1tahun dan kini saya disahkan hamil lagi
5minggu.saya dan suami tidak bersedia untuk ada anak lg dan suami risau
keadaan saya masa hamil nanti kerana semasa lahirkan anak ke2, saya
mengalami pndarahn yang banyak dan banyak darah beku. apakh hukum saya
gugurkn
Jawapan
Dalam masalah ini, anda perlu rujuk kepada pakar sakit puan di hospital
yang berdekatan dengan anda dan dapatkan nasihat daripadanya.
Jika dia menyatakan bahawa kandungan tersebut akan menyebabkan diri anda menghadapi konflik sebagaimana kandungan yang sebelum ini, maka terserahlah kepada diri anda sama ada hendak menggugurkannya ataupun biarkan kandungan tersebut sehingga lahir.
Ringkasnya, anak adalah rezeki dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Oleh itu, terimalah rezeki Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment