Wednesday, August 1, 2012

Memperbaharui Nikah

Soalan

Ustaz, saya sudah bernikah setahun yg lalu tanpa pengetahuan keluarga saya diluar negara.Hanya pihak keluarga suami saya Shj yg tahu. Perkara no 1, kami dinikahkan oleh seorang kiai disebuah kampung,dia yg mewalikan sy beserta 3 orang saksi. Apakah hukumnya? Sekarang jika kami ingin memperbaharui nikah utk menghebahkan kpd orang ramai ttg perkahwinan kami dan mendaftar mengikut prosedur negara mcm mana dan apa hukumnya? Sy pula disahkan hamil 3 minggu, sah x nanti pernikahan kami itu?

Jawapan

Pernikahan saudari yang pertama adalah tidak dapat di pastikan kesahihannya. Persetubuhan saudari dan suami paling baik mungkin termasuk dalam persetubuhan syubhah. Ustaz bimbang pernikahan saudari termasuk dalam nikah syubhah dan hukumnya WAJIB dipisahkan jika pernikahan tidak sah dari segi syarak sebab masaalah wali dan WAJIB nikah kembali. Adapun hukum memperbaharui nikah adalah harus. Persoalan yang timbul di sini ialah "kami dinikahkan oleh seorang kiai disebuah kampung,dia yg mewalikan sy beserta 3 orang saksi"  apakah jenis wali yang saudarai guna? Wali Mujbir (Sudah tentu bukan), adakah wali hakim yang di lantik oleh pemerintah (Indonesia)?, atau wali tahkim?. Bertaubatlah kepada Allah jika nikah itu tidak betul dan buatlah dengan cara yang betul. Ramai kiai yang tak mendalami hukum berkaitan wali ini dan membuat secara semberono / ambil mudah sahaja. Jika kiai berstatus wali hakim maka sah nikah itu jika tidak maka tak sah @ Nikah syubhah (jika tak tahu) jika tahu maka haram hukumnya dan haram nikah tersebut (inilah yang di pegang di sini mengikut Mazhab Syafie). Untuk mengentahui adakah kyai itu wali tahkim atau sebaliknya, biasanya wali tahkim akan memberi surat nikah yang sah dari kerajaan nya dan surat nikah itu di akui oleh pejabat agama di Malaysia. kenapa saudarai tak buat wakalah wali dari ayah saudari?. Apa pun segerakan nikah yang baru ini yang 100% sah. Nabi bersabda "Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikahnya adalah BATIL".  Jelas dari hadis ini pernikahan tanpa wali yang sah adalah BATIL (Tidak sah dan haram hukumnya). Di bawah ustaz bawakan susunan wali. Jauhkan diri dari suami (yang tak sah) saudari sehingga sah 100% nikah yang baru.
Anak yang ingin berkahwin  hendaklah mendapat keizinan wali terlebih dahulu. Orang yang diiktiraf sebagai wali dalam perkahwinan adalah seperti berikut mengikut susunannya:
1. Bapa
2. Datuk hingga ke atas.
3. Saudara seibu sebapa
4. Saudara sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara seibu sebapa
8. Bapa saudara sebapa
9. Anak laki-laki bapa saudara seibu sebapa
10. Anak bapa saudara sebapa
11. Wali hakim.
Dari senarai susunan wali adalah jelas wali tahkim adalah tidak termasuk dalam senarai. Sebab adalah mustahil tidak ada wali hakim di mana-mana tempat kecuali jika tinggal di negara bukan Islam yang memang urusan orag islam ditadbir secara sendiri-sendiri dengan kebenaran negara. Itu pun kerajaan mempunyai caranya tersendiri bagaimana untuk mengiktiraf perkahwinan muslim dan tidak di iktiraf secara sembarangan.

No comments:

Post a Comment