Wednesday, August 29, 2012

Nikah Lari Ke Siam

Soalan

Salam.Sy & pasangan merupakan pelajar IPT.Pasangan seorang yang baik dan warak.Disbbkan situasi tertentu,kami terlanjur.Kami merasakan penyelesaian terbaik adalah nikah.Ibu bapa sy sgt menyukai & merestui hubungan kami namun mereka menghalang sekeras2nya apabila kami ingin brnikah.Mrka kata sekurang2nya 4-5 thun lg.Kami ingin nikah di siam (tidak mendaftar ke msia selepas itu, dan merancang supaya x mengandung smentara waktu). Stlah diizinkan, brulah bernikah di msia sekali lg. Bolehkah begitu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda pujuk ayah ibu untuk membolehkan anda berdua bernikah.Anda juga perlu jujur dan ikhlas untuk menjelaskan kejadian yang sebenarnya.Ini kerana anda berdua sudah pernah terlanjur.Sekiranya pasangan anda seorang yang baik dan warak  serta jujur seperti yang anda dakwakan beliau tidak akan mengambil kesempatan atas diri anda.Sepatutnya yang dikatakan warak dan baik dalam ertikata yang sebenarnya ialah beliau tetap menghargai serta menjaga kesucian dan kehormatan anda sehingga anda betul-betul sah menjadi isterinya.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ,bolehkah anda bernikah di Thailand tanpa pengetahuaan kedua ibubapa anda,Jawapannya boleh, tetapi menyalahi peraturan nikah kahwin yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.Walau bagaimanapun Panel nasihatkan agar anda mohon restu  terlebih dahulu kepada  kedua ibubapa sebelum bernikah.Ini kerana kebahagiaan dan kerukunan  rumahtangga terletak  di atas keredaan kedua mereka.
Justeru panel syorkan agar anda kena ambil keputusan berdasarkan kematangan anda bukannya ikut nafsu remaja.Berfikirlah secara positif,setiap pernikahan yang dilakukan di luar negara perlu di daftarkan semula di negara ini dalam tempoh 6 bulan setelah kembali di sini.Jika tidak dilaksanakan/daftar  ia merupakan suatu kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah, dan jika dithabitkan ia boleh dikenakan hukuman denda oleh mahkamah syariah di negeri tempat tinggal anda.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..sekadar perkongsian bersama..sy ade terlihat di u tube berkenaan kahwin lari drp ustaz azhar idrus..disini sy sertakan link nya.. hukum kahwin lari tanpa pengatahuan wali adalah tidak sah kerana menjangkau tertib wali..wallahualam~
    http://www.youtube.com/watch?v=xJOABninXYM&feature=related

    ReplyDelete