Tuesday, August 7, 2012

Mendapat Duit Yg Tak Diketahui Halal Atau Haram

Soalan

Sye telah menerima wang dri Abg saya setiap bulan,berdosakan saya menerima duit tersebut sekiranya duit tu duit haram?

Jawapan

Dalam hal ini, jika anda telah mengetahui asal usul duit tersebut adalah duit yang haram, maka anda adalah dinasihatkan supaya tidak menerima dan menggunakannya. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

Dari itu, anda dinasihatkan supaya tidak menerima duit pemberian abang anda kerana anda telah mengetahui ia adalah duit yang haram.
Dalam masa yang sama, cubalah nasihatkan dirinya agar menjauhkan diri daripada perkara tersebut supaya wang yang diperolehi adalah halal dan yang paling utama mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment