Saturday, December 22, 2012

Terlupa Baca Doa Wudhu

Soalan

Assalammualaikum uztaz saya ada soalan. Saya ni terlalu sibuk berkerja sehingga ada beberapa kali sya terperasan selepas amik wudhu terlupa baca doa wudhu. Boleh ke mcm tu? -Kedua doa wudhu boleh baca dlm hati tak?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Membaca doa selepas berwudhu’ adalah tergolong di dalam amalan yang sunat dan bukannya suatu perkara yang mesti dilakukan (wajib).
Oleh itu, jika anda terlupa untuk membacanya selepas selesai berwudhu’, anda hanya tidak dapat ganjaran pahala kerana tidak melakukan amalan yang sunat sahaja. Wudhu’ yang anda ambil adalah masih sah.
Mengenai cara membaca doa tersebut, anda boleh lakukannya sama ada diucap melalui mulut ataupun hanya menyebutnya di dalam hati. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui dan Maha Mendengar setiap sesuatu. Wallahu 'alam.

5 comments:

  1. assalammualaikum..

    Mohon penjelasan,,

    Boleh x baca doa lepas wudhu ketika haid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita yang kedatangan haid tidak disunatkan berwuduk dalam tempoh ini kerana syarat untuk berwuduk hendaklah suci daripada haid dan nifas. Oleh itu, wuduk yang diambil dalam keadaan haid tidak sah kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut.

      Delete
  2. Assalammualaikum...
    Bagaimana pula jika saya tidak menghafal doa selepas wudhu...bolehkah saya membaca doa2 lain...contohnya surah al fatihah?

    ReplyDelete
  3. tengok hendpon baca rumi dan hafalkan doa selepas wudhu, pahala sunat itu lebih baik diraih walaupun sunat

    ReplyDelete