Soalan
ustaz, sya bru berkahwin dan slps sebulan sya mendapat tawaran
kejururawatan KKM. sepanjang sya belajar suami saya tidak pernah memberi
nafkah zahir kpda sya. sya meminta kpdanya tp dia byk memberi alasan
tidak ada duit la, gaji sikit, byr hutang la. jika dia tiada duit dia
pernah meminta duit dpda sya tp sya memberi dgn syarat dia kna ganti
smula kpda sya. soalan sya, apakah hukum jika si suami tidak memberi
nafkah kpda isterinya? apakah hukum jika si suami meminta duit dpda
isterinya?
Jawapan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam sistem kekeluargaan Islam, suami memainkan peranan yang terlalu besar dan penting di dalam menguruskan persoalan rumahtangga. Baik dari aspek menanggung nakah keperluan harian ahli keluarganya, persoalan kediaman, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam isu ini, jika suami anda sudah 4 bulan (bulan Islam) atau lebih tidak memberi nafkah, maka anda boleh membuat tuntutan ta’liq. Tuntutan tersebut boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Syariah di negara ini.
Setelah tuntutan dibuat, pihak mahkamah akan membuat siasatan dan jika sabit, pihak mahkamah akan menjatuhkan talaq ke atas anda (talaq satu).
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment