Soalan
assalamualaikum ustaz..baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang
lelaki di laman facebook..kemudian kami berbual di telefon..lelaki
tersebut menawarkan syurga kepada saya dengan cara nikah
gantung..maksudnya bernikah hanya lafaz melalui telefon dan tidak perlu
saksi dan wali yang sah..dia menyatakan bahawa pernikahan itu sah kerana
lafaz yang diucapkan niat kerana Allah S.W.T..benarkah pernikahan ini
boleh berlaku ustaz?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, tidak ada sebarang pernikahan yang akan terjadi sekiranya dilakukan hanya dengan niat sahaja tanpa disertakan niat tersebut dengan rukun nikah seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Berikut adalah rukun nikah yang perlu dipenuhi oleh setiap pasangan yang ingin bernikah:
1. Seorang lelaki (yang akan menjadi suami).
2. Seorang perempuan (yang akan menjadi isteri).
3. Wali atau Wali Hakim.
4. Mas kahwin.
5. Sighah (Ijab dan Qabul).
Demikianlah rukun nikah menurut Ahli Sunah Waljama’ah yang perlu ada di dalam setiap pernikahan yang ingin dilakukan.
Ringkasnya, jika lima perkara di atas tidak ada atau salah satu daripadanya tidak ada, maka tidak ada sebarang pernikahan yang akan berlaku/terjadi. Ertinya, pernikahan yang tidak ada kelima-lima rukun tersebut atau salah satu daripadanya, maka pernikahan tersebut adalah tidak sah di dalam Islam.
Dari itu, Panel ingin menasihatkan supaya anda agar lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan kata-kata seperti itu.
Oleh itu, dalamilah ilmu agama dan hukum-ahkam di dalam Islam demi untuk menjaga diri agar tidak terpesong daripada landasan Syariat Islam yang suci ini. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment