Soalan
Assalamualaikum. Isteri saya menjalankan perniagaan pakaian dalaman
wanita. Apakah hukum membuat laman untuk mempamirkan corak, warna dan
jenis pakaian dalam untuk memudahkan urusan jual beli? Wassalam
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum membuat laman web tersebut adalah diharuskan dengan syarat gambar yang disiarkan pada laman web tersebut bukanlah gambar pakaian dalam yang dipakai oleh seorang wanita. Ringkasnya, ia hanyalah gambar pakaian dalam itu sahaja.
Sebab mengapa gambar pakaian dalam yang dipakai oleh seorang wanita dilarang (haram) disiarkan pada laman web tersebut adalah kerana ia melibatkan pendedahan aurat dan hukum mendedahkan aurat kepada orang yang bukan mahram adalah diharamkan di dalam Islam.
Semoga penjelasan yang ringkas di atas dapat difahami. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment