Soalan
Adakah siapa yang tidak mendengar khutbah solat jumaat itu, tidak sah solatnya. :) (jika tertidur)
Apakah hukum mendengar khutbah solat jumaat ini?

Jawapan
Mengenai khutbah Juma'at, mendengarnya adalah perkara yang dituntut di
dalam Islam ke atas para jemaah yang menghadirkan diri untuk bersolat
Jumaat. Ia merupakan salah satu daripada syarat sah solat Jumaat.
Oleh itu, bagi mereka yang hadir tetapi tidak mendengar khutbah Jumaat tersebut kerana sengaja maka hukumnya berdosa sebab dua Khutbah tersebut termasuk dalam syarat sah Jumaat.
Ringkasnya, bagi mereka yang hadir tetapi tidak mendengar khutbah dan melakukan perkara yang lain seperti berbual ataupun mendengar perkara yang lain, solatnya adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tertidur (bukan memang niat untuk tidur semasa khutbah dibacakan) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh mereka supaya mencari tempat lain (bangun dan berubah tempat duduk). Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Jika salah seorang di antara kamu mengantuk pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mengalihkan tempat duduknya.”
(Hadith Hasan lagi Sahih daripada Ibnu Umar r.a.).
Melalui hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa mendengar khutbah Juma'at begitu diberatkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sehinggakan Baginda menyuruh mereka yang terasa mengantuk supaya beralih tempat duduknya. Dengan cara begini (bangun, berjalan dan mencari tempat duduk yang lain) akan menyebabkan darah kembali bergerak dan akan hilanglah rasa mengantuk tersebut.
Namun begitu, Imam Syafi'i mensyaratkan untuk melakukannya mestilah tempat untuknya berpindah masih ada dan keadaan jema’ah adalah tidak begitu sesak. Jika masjid penuh dan sukar untuk bergerak ke tempat lain sehingga terpaksa melangkah atau melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, maka tidak perlulah dia melakukannya dan jika dia tertidur hukumnya adalah makruh dan Solat Juma'at yang dikerjakan tidak perlu diulang dengan syarat tidurnya itu tidak sampai menyebabkan berubah dua papan punggungnya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment