Soalan
Salam alaik,
Baru2 ini, saya telah memberikan bantuan kewangan kepada saudara terdekat saya yg miskin dan tidak mempunyai keluarga dgn menggunakan wang riba'. Adakah saudara terdekat yg miskin dikira kategori yg dibolehkan utk melupuskan wang riba'?
Syukran..

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang miskin atau fakir adalah di antara golongan yang boleh diberikan wang tersebut sebagai cara untuk menghapuskan wang tersebut daripada simpanan seseorang.
Perkara ini bertepatan dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009.
Menurut keputusan fatwa tersebut, wang yang diperolehi daripada sumber-sumber yang haram seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah dihukumkan haram dan tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi dan juga bagi memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungan seperti isteri dan anak.
Wang tersebut perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
1. Diserah kepada Baitulmal untuk kegunaan umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal yang berdekatan dengan anda.
Demikianlah cara untuk melupuskan wang atau harta yang diperolehi melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh Syara'. Semoga dengan melaksanakannya rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah menjadi milik kita bersama dan seterusnya kita perolehi kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat. Insy’Allah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment