Soalan
assalamualaikum...saya ingin bertanya,selepas kita bersetubuh dengan
isteri...kita hendaklah mandi,tetapi niat yang mn kita nak
gunakan,samada niat mengangkat hadas besar atau niat mandi junub?saya
selalu musykil...bole x tolong jelaskan...terima kasih..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, terlebih dahulu anda perlu mengetahui apa itu mandi hadas besar, mandi wajib, mandi junub, mandi haid, mandi nifas, mandi wiladah dan mandi-mandi wajib yang lain.
Sebagai maklumat anda, berikut adalah pengertian mandi di dalam Fiqh Islam:
• Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
• Dari segi syara‘,mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
Selain itu, anda juga perlu mengetahui sebab-sebab yang mewajibkan mandi di dalam Fiqh Islam:
1. Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu
dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani.
2. Melakukan hubungan jenis.
Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani.
3. Sebaik sahaja seseorang wanita itu kering/berhenti darah haid dan nifasnya.
4. Mati (selain mati syahid).
5. Orang kafir yang baru masuk Islam kerana dirinya yang berada di dalam hadas besar.
sebagai ringkasnya, mandi hadas besar adalah nama bagi mandi wajib tersebut (secara umum), sedangkan mandi junub, mandi kerana haid, nifas, melahirkan anak dan lainnya adalah sebab yang menyebabkan perlunya mandi wajib/hadas besar (secara khusus).
Oleh yang demikian, dalam persoalan ini jika anda berniat dengan mandi hadas besar, mandi yang anda lakukan adalah sah kerana melakukan persetubuhan dengan isteri (junub) adalah salah satu daripada sebab yang mewajibkan mandi.
Demikian juga jika anda berniat dengan mandi junub, mandi tersebut juga adalah sah kerana ia merupakan salah satu daripada sebab yang mewajibkan mandi.
Kesimpulannya, kedua-dua niat tersebut boleh anda gunakan. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment