Soalan
Assalamualaikum, Tuan....Saya akan mendirikan rumahtangga dalam tempoh
masa yang terdekat namun saya menghadapi sedikit kemusykilan berkaitan
dengan proses ijab dan kabul...Bapa pengantin perempuan ingin menikahkan
saya namun beliau tidak membenarkan kehadiran kadi/Imam yang dilantik
oleh kerajaan kerana mendakwa untuk mengelakkan pernikahan dibuat oleh
orang munafik...mohon penjelasan pihak tuan. Untuk makluman bapa
pengantin perempuan adalah bekas ahli al-Arqam yang masih aktif. Terima
kasih.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ijab dan qabul ini, ia merupakan salah satu daripada rukun nikah di dalam Islam.
Bagi anak gadis yang ayah kandungnya masih hidup, tugas sebagai wali adalah menjadi tanggungjawabnya yang perlu beliau laksanakan sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.
Ringkasnya, di dalam majlis aqad nikah nanti, bakal bapa mertua anda sendiri yang akan menikahkan anda dan bukannya qadhi ataupun imam yang dilantik oleh kerajaan.
Oleh sebab itu, tidak akan timbul pernikahan yang dibuat oleh orang munafiq kerana dirinya sendiri yang akan menikahkan anak perempuannya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment