Soalan
assalamualaikum ustaz...saya dengar org cakap minyak yuyi ada mgandungi
"minyak babi"...pengakuan dari tokey cina kedai sense lagi...lagipun
minyak ni pun dari chinese company..saya pun dah jadi was2 skrg...betul
ke ustaz?
Jawapan
Dalam
persoalan ini, pihak JAKIM tidak dapat untuk mengenal pasti sama ada
minyak Yu Yi ini benar-benar mengandungi minyak babi ataupun tidak.
Hal ini adalah kerana sehingga ke hari ini, permohonan pensijilan halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukannya satu perkara yang diwajibkan kepada semua pengusaha atau pengeluar sesuatu produk gunaan. Dalam keadaan ini, Minyak Yu Yee tidak pernah membuat permohonan untuk mendapatkan sijil halal Malaysia. Namun demikian ia telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran MAL 19991307T.
Dari aspek keselamatan menggunakannya, produk tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh orang awam.
Oleh sebab pihak Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menyemak atau mengesahkan status halal produk tersebut, maka pihak Jakim ingin menasihatkan pengguna Islam agar tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan khabar angin yang berleluasa di laman sesawang sehinggalah disahkan oleh pihak yang berkuasa. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment