Soalan
Assalammualaikum wbt...
Bapa telah membeli sebidang tanah secara ansuran namun telah meninggal dunia ketika sekitar 5% pembayaran dilakukan.
Ibu mengambilalih hal pembayaran dan setelah 20 tahun membuat pembayaran, hutang berjaya dilunaskan dan geran berpindah keatas nama ibu.
Kini setelah ayah meninggal lebih 30 tahun, keluarga sebelah ayah datang untuk menuntut sebahagian tanah tersebut atas alasan ia milik ayah sebelum meninggal. Mohon penjelasan ustaz mengenai hak keluarga ayah itu. TK

Jawapan
Waalaikumusalam,
Saudara sebelah bapa tidak layak untuk tuntut harta/tanah tersebut.
Jika diperhatikan ikut hukum faraid jika ayah meninggal dunia ,ibu masih hidup dan mempunyai anak-anak samada lelaki atau perempuan,kemudian bapa dan emak ayah masih ada.Maka mereka ini sahaja yang layak untuk mewarisi pembahagian harta pusaka.
Cuma yang menjadi keliru sekarang ialah kerana ibu anda tidak membuat pindah milik atas geran tanah yang telah beliau lunaskan hutangnya.
Panel cadangkan jika mereka (saudara bapa ) masih tidak puas hati, ibu anda boleh melantik peguam bagi menguruskan kes ini .Insya'Allah jika ibu anda berada di tempat yang benar ia akan berjaya.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment