Wednesday, August 21, 2013

Dikira Cerai Atau X

Soalan

salam...sy nak tanya..hari tu saya ad borak ngan sorg cina ngan suami saya..suami saya pi toilet...cina tu ckp ngan saya abg you boleh kawin 5..saya jawab 4 la...pastu pas cina tu balik saya cerita pada suami sya...suami saya cakap kawin sepuluh pon boleh..kawin cerai kawin cerai...tu dikira cerai ke?sbb yg saya tahu cerai xle buat main...

Jawapan

Wassalam,
Dalam perkara ini, kata-kata suami anda tidak menyebabkan cerai atau talaq terjatuh ke atas diri anda.
Namun begitu, jika semasa beliau melafazkan kata-kata tersebut disertakan dengan niat menceraikan anda, maka gugurlah talaq ke atas anda.
Sila dapatkan kepastian mengenainya dengan merujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda.
Semoga jawapan di atas dapat memberi sedikit penjelasan tentang kemusykilan yang anda hadapi. Wallahu 'Alam.

2 comments:

  1. salam ustaz..

    1. adakah talak akan jatuh melalui SMS?
    2. adakah talak akan jatuh jika suami dalam keadaan marah, emosi tidak stabil atau pun dalam keraguaan.?
    Dan apakah yang patut saya lakukan jika perkara tersebut terjadi?

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..sya nak bertanya...ada ka d kira sah cerai apabila suatu perjanji yg d buat sebelum bernikah..dan perjanjian itu berlaku selepas bernikah

    ReplyDelete