Soalan
Kemuskhilan saya:
Kenapa Kerajaan Malaysia tidak memjadikan bahasa Arab/Bahasa Al-Quran salah satu bahasa teras yang wajib di pelajari oleh anak-anak Muslimin di Negara kita ini? Kenapa hanya inginkan raayat boleh membaca Al-quran sahaja tetapi tidak pada pemahaman keseluruhan makna nya ?
Gembelingan Ibu-Bapa tidak mencukupi, yang utama pasti lah KESAN POLISI kerajaan dalam pembangunan Raayat dan Ummah.
Kenapa di abaikan dan adakah ini kecuaian ketua-ketua Agama Malaysia ?
Kenapa Kerajaan Malaysia tidak memjadikan bahasa Arab/Bahasa Al-Quran salah satu bahasa teras yang wajib di pelajari oleh anak-anak Muslimin di Negara kita ini? Kenapa hanya inginkan raayat boleh membaca Al-quran sahaja tetapi tidak pada pemahaman keseluruhan makna nya ?
Gembelingan Ibu-Bapa tidak mencukupi, yang utama pasti lah KESAN POLISI kerajaan dalam pembangunan Raayat dan Ummah.
Kenapa di abaikan dan adakah ini kecuaian ketua-ketua Agama Malaysia ?
Jawapan
Kerajaan telah menghabiskan berbiliun ringgit setahun dalam menyediakan
prasarana khususnya dalam bidang pendidikan termasuk juga pendidikan
keagamaan. Hal ini terpulanglah kepada kita sendiri untuk memilih jalan
pendidikan yang difikirkan sesuai pada diri kita. Kita tidak dihalang
untuk meneruskan pendidikan dalam bidang yang diingini khususnya dengan
memilih sekolah-sekolah agama. Apakah kita sudah berbuat demikian? dan
syabas jika kita berbuat demikian. Satu hal yang menjadi persoalan
disini ialah apakah sudah cukup dengan pengajian agama seperti ini untuk
kita berhadapan dengan kehidupan global ini dan apakah dengan
pendidikan agama yang ada sekarang sudah memadai untuk kita berhadapan
dengan realiti kehidupan? yang inilah memerlukan usaha sama kita semua
dalam memahami agama secara menyeluruh dan tidak terfokos kepada ibadah
khusus sahaja. kita amat memerlukan tenaga mahir dalam berbagai bidang
dan kemahiran tenaga mahir dalam bidang-bidang ini adalah merupakan
sebahagian dari tuntutan agama yang ditategorikan sebagai ibadah umum
disampiang tidak mengabaikan ibadah-ibadah khusus. Bagi pendapat penal
tidaklah menjadi isu utama dalam menjadikan bahasa arab/bahasa al-quran
sebagai bahasa teras yang wajib dipelajari oleh kita semua sekalipun
kita tidak dapat menafikan tentang kepentingannya kerana kita juga
diberi peluang untuk memilih sekolah-sekolah yang bersesuai dengan
kahendak kita seperti sekolah-sekolah aliran agama/arab dan sebagainya.
Kerajaan mahupun kita sendiri tidak sekali-kali inginkan diri kita
dan masyarakat kita hanya sekadar pandai membaca al-Quran sahaja dengan
tidak memahami dan menghayati seterusnya mengaplaitasikan apa yang di
maksudkan dalam al-Quran tersebut. benar sekali bahawa peranan ibu bapa
sahaja tidak cukup dalam membina diri sebagai seorang yang berperibadi
unggul seperti yang dituntut oleh agama bahkan melibatkan juga
pihak-pihak berkuasa, kedudukan persekitaran, peranan-peranan ulama
kita dan sebagainya. Idea tuan cukup bernas dan syabas. Kita
sama-samalah berusaha untuk memartabatkan Islam yang kita sayangi ini
supaya ia berada ditempat yang selayaknya dan terus mendapat keredaan
Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment