Saturday, August 3, 2013

Mengelap Bibir Dengan Kain Lembab Ketika Puasa

Soalan

Assalamualaikum, rakan saya sering mengelap bibirnya dengan sapu tangan yang lembab. Di mana sapu tangan tersebut dibasahkan dan kemudian diperah airnya, menjadikan ia lembab.
Soalannya adakan perbuatan mengelap bibir dengan sapu tangan lembab boleh membatalkan puasa kerana kemungkinan sisa air pada sapu tangan tersebut mungkin masuk ke dalam mulut.?
Mohon pencerahan dari ustaz. Sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh mengelap bibir dengan menggunakan sapu tangan atau kain atau tisu atau sebagainya dan ia tidak membatalkan puasa, sekalipun sisa air masuk kedalam mulut tidak membatalkan puasa, begitu juga dengan berkeromor/menggosak gigi/bersugi atau sebagainya yang sesetengah pendapat mengkategorikan sebagai makruh sahaja.

1 comment:

  1. Ustaz bagaimana pula jika lap bibir dgn kain basah jika sisa air masuk ke dalam mulut dan telan dgn sengaja adakah batal?

    ReplyDelete