Wednesday, August 21, 2013

Hukum Membotakkan Kepala

Soalan

As-salam ustaz/ustazah...
Apa hukumnya membotakkan kepala sehingga licin??
Ada yg mengatakan HARAM...
Minta penjelasan dari pihak ustaz/ustazah
Terima kasih...

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
Tidak menjadi haram membotakkan semua kepala sehingga licin bagi orang lelaki. Namun hukumnya haram bagi wanita sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' kerana ia dianggap menyerupai orang lelaki. Berkemungkinan menjadi haram apabila perbuatan tersebut dinazarkan kepada perkara yang diharamkan oleh syara' seperti apabila menang loteri ataupun sebagainya. Apa yang diharamkan oleh syara' ialah potongan rambut al-qoza' (potong sebahagian dan meninggalkan sebahagian) sepertimana yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W dalam riwayat sohihaini :
عن ابن عمر رضي الله عنه قال : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع " أن يُحْلَقَ رأس الصبي ويترك بعض شعره "  وعنه رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم ، رأى صبياً قد حُلِقَ بعض شعره وتُرِكَ بعضه ، فنهاهم عن ذلك ، وقال : " احلقوه كله أو اتركوه كله " 
Oleh yang demikian cara memotong rambut yang dibenarkan oleh syara' ialah samada membiarkan rambut begitu sahaja atau mengguntingnya secara keseluruhan (setara iaitu nipis atau botak). Wallahu a'lam.        

No comments:

Post a Comment