Soalan
Seorang pencen Guru dari kaum Asli ingin memeluk Islam. Kedua-dua isteri
beliau adalah adik beradik. Jadi bagaimana kami untuk menyelesaikan
pertembungan akidah dan syariat kepada beliau. Ditakuti apabila
mendengar penjelasan daripada kami yang beliau perlu menceraikan salah
seorang daripada isterinya beliau akan membatalkan keputusan untuk
memeluk Islam? Jumlah anak beliau seramai 24 orang.
Mohon pencerahan
Mohon pencerahan
Jawapan
Saya mendoakan semuga tuan berjaja menarik orang yang bukan Islam ke Ugama Islam, bagi menjawab persoalan ini saya mencadangkan kita merujuk cara yang diajar dalam Al-Quran .Berdakwah lah kamu dengan mengguakan Hikmah dan Kebijaksanaan.2. Hikmat disini tidak diperjelaskan dengan terperinci. Saya mencadangkan dalam situasi yang sedang tuan hadapi, tuan tidak perlu memperjelaskan berkaitan larangan islam berkahwin dua beradik.Setelah lama dia memeluk islam ,tuan boleh hadiahkan kepada dia buku berkaitan islam dan dia juga seorang bekas guru,khususnya buku berkaitan nikah kawin.
3. Tuan juga dicadangkan supaya membawa dia menziarahi orang yang dia segan dan malu dan orang itu faham dengan hal keadaan hukum Islam, galakkan mereka berbincang dan masukkan tajuk berkaitan larangan perkahwinan. Saya rasa inilah cara yang terbaik buat tuan. walaubagaimanapun saya rasa tuan juga menpunyai pandang yang baik, dan gunakan kebijaksanaan yang ada pada tuan bagi menyelesaikan permasalahan ini. sekian terima kasih semuga tuan berjaya mendapat ganjaran yang besar dari Allah.
No comments:
Post a Comment