Soalan
Asslamualaikum..baru-baru ini saya ada dengar bahawa pengiraan haid mengikut Islam adalah seperti ini:
Jika kita haid pada 5-19 ramadhan dan pada bulan hadapannya kita haid jatuh pada 8 syawal bemakna mengikut kitaran haid, 8 syawal itu merupakan hari ketiga kita haid kerana kalau mengikut kitaran haid kita sepatutnya haid pada 5 syawal..
soalan saya, adakah cara pengiraan betul?Bagaimanakah cara pengiraan haid yang betul mengikut Islam?

Jawapan
Assalamualaikum.
Cara pengiraan haid adalah bermula dengan hari keluarnya darah haid tersebut. Ini disebabkan terdapat perbezaan antara kitaran haid seseorang wanita dengan yang lain. Dalam kes ini, haid pada 8 syawal tersebut dikira sebagai hari pertama haid. Haid tidak boleh dikira pada hari yang tiada keluarnya darah kerana penentuan haid adalah dengan melihat kepada darah yang keluar. Sekiranya tiada darah, maka seseorang wanita itu wajib melaksanakan ibadah seperti biasa.
Manakala, bagi wanita yang mengalami pendarahan berterusan, terdapat beberapa kaedah menentukan darah haid atau bukan darah haid iaitu :
1- Sekiranya tempoh kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari, maka seseorang itu perlu mengambilkira tempoh 6 atau 7 hari itu sebagai tempoh haid, dan selebihnya sebagai istihadhah.
2- Sekiranya tidak dapat menentukan jangkamasa haid, maka hendaklah ia melihat kepada warna darah iaitu warna darah haid dikira sebagai tempoh haid, dan warna selainnya dikira sebagai istihadhah.
3- Sekiranya tidak dapat membezakan warna darah, maka ia hendaklah mengambilkira tempoh kebiasaan haid iaitu 6 atau 7 hari sebagai tempoh haid dan selebihnya sebagai istihadhah.
* Tempoh suci antara 2 haid pula adalah selama 15 hari dan 15 malam.

Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment