Soalan
Assalam. Sy menggunakan aplikasi android waktu solat pada gadget saya.
Suatu ketika sy berada di luar jauh dr Masjid. Jadi sy brgantung pada
aplikasi itu. Bila masuk waktu 7.29 pm sy pun terus berbuka. Setelah
pulang dan semak waktu sebenar rupa2nya aplikasi android tu kurang
seminit dr waktu sebenar. Sah atau tidah puasa saya?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, puasa anda adalah sah dengan syarat anda berada di dalam keadaan yang cukup pasti (tidak ragu-ragu) dengan jam yang terdapat pada gadjet tersebut.
Namun begitu, jika anda sudah tahu tentang ketidaksamaan waktu pada gadjet tersebut dengan waktu yang sebenar, tetapi tidak anda hiraukan mengenainya, maka puasa anda pada hari tersebut adalah tidak sah kerana berbuka sebelum masuknya waktu maghrib.
Pengajaran yang boleh anda ambil melalui kes di atas ialah sila pastikan segala keperluan di dalam anda melaksanakan ibadat berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
Sila pastikan jam yang terpapar pada gadjet tersebut menyamai dengan waktu tempatan. Jika di Malaysia, sila dail 1051 untuk menyemak waktu yang tepat bagi negeri-negeri di negara ini. Wallahu 'Alam.
Nasihat daripada Panel, gunakanlah gadjet dan penemuan yang baru sebagai alat yang boleh memudahkan lagi urusan ibadat kita. Semoga dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini dapat memudahkan segala urusan hidup dan ibadat kita. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment