Wednesday, July 4, 2012

Tempoh Membayar Nazar Berpuasa

Soalan

assalamualaikum.. pada tahun 2010 saya bernazar akan berpuasa 3 hari sekiranya saya mendapat pekerjaan. namun saya belum menunaikan nazar tersebut walaupun sudah 2 tahun berlalu.. perlukah saya membayar fidyah jika menunaikan puasa nazar itu pada tahun ini?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Nazar ialah perkara yang wajib dilakukan, sekiranya masih berkeupayaan melakukannya maka kewajipan untuk menunaikannya tidak terlupus dengan hanya membayar fidyah. Nazar puasa boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. oleh itu saudara boleh menunaikan nazar tersebut pada tahun ini selagi mana saudara masih mengingati bilangan nazar puasa tersebut.
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment